Terawang-awang
berpijak bumi terasa panas
kupanjat langit terasa jauh
Pabila engkau membisikkan tanya masa depan
aku kian takut pada bebayang yang kumilik
yang cuba menarik ruhani ini ajak berbunuh
kerana mereka saling dendam-mendendam
Berkali-kali aku pernah jatuh
tika mereka mengharap aku bijak berlari
seperti kanak-kanak lain-cergas dan cerdas
sedang aku bersendikan yang lemah
Aku selamanya berdebat tentang diri ini
tentang perlunya langkah ini diperlajukan
seiring rentak jarum masa seboleh-boleh
yang tajam mencucuk dan mendarahkan fikir
Terkial-kial aku pada harapan
hadir pasti entah bila
hadir bermakna untuk esok-esok.
Wednesday, July 30, 2008
KE LANGIT TUJUH
Merayu mata mengajakku lena
berkali-kali
seluruh indera berpecah dua
fikir dan fikir
panjang sesaat mahu sehari
aku mabuk udara
gelisah kiri dan kanan
melontar sukma keluar dunia
terperangkap
sunyi-kabur-lemah
jalan itu perlu kutemu
entah esok,lusa
aku harus pergi
ke langit tujuh
berkali-kali
seluruh indera berpecah dua
fikir dan fikir
panjang sesaat mahu sehari
aku mabuk udara
gelisah kiri dan kanan
melontar sukma keluar dunia
terperangkap
sunyi-kabur-lemah
jalan itu perlu kutemu
entah esok,lusa
aku harus pergi
ke langit tujuh
AL-AHZAB
Berpadulah Al-Ahzab membawa panji-panji hitam yang terpendam sejak dendam Badar mengepung Munawarrah Malam itu menangis dengan kencang angin dan lebatnya hujan lampu-lampu pun terpadam hingga Al-Ahzab terperangkap dalam nur antara hujan dan padang pasir Carilah makna di balik hijab tika Muhammad dan tiga ribu pedang bersandarkan Salman Al-Farisi dan bukanlah fikir halusnya menjadikan kita di puncak malah kitab hidayah adalah segala-galanya Namun kini Al-Ahzab muncul lagi bersama-sama Al-Masih dan panji-panji hitam yang hilang api yang terpendam masih tidak terpadam mengepung di Munawarrah mengepung di Mukarramah | |
KEBIASAAN DAN KERAHSIAAN
Terbatas nian
Yang biasa dengan rahsia
Tak bisa bertemu
Masing-masing sorok diri sendiri
Kekadang biasa
Kekadang menjadi rahsia
Dalam kebiasaan
Sedar tak sedar kita membongkar
Satu rahsia besar
Rahsia hasil sorokan sendiri
Itulah enigma
Rahsia dalam kebiasaan
Biasa dalam kerahsiaan
Yang biasa dengan rahsia
Tak bisa bertemu
Masing-masing sorok diri sendiri
Kekadang biasa
Kekadang menjadi rahsia
Dalam kebiasaan
Sedar tak sedar kita membongkar
Satu rahsia besar
Rahsia hasil sorokan sendiri
Itulah enigma
Rahsia dalam kebiasaan
Biasa dalam kerahsiaan
LUKISAN INI BUKAN SEBARANG
Keterpaksaan itu
membuatkan fikiran ini sesak
apalagi ditolak-tolak
dengan kemungkinan yang bukan.
Kemungkinan ini
sebenarnya datang dari luar
perlahan-lahan masuk dan meresap
ke dalam seluruh rongga
segera membuatkan aku lemah dan tak berdaya
kabur sebelah mata
Kekebalan yang kian kurang
berpunca dari keterpaksaan
keterpaksaan yang tiba-tiba muncul
dengan misi sendiri
cuba melukis sesuatu pada wajah asal
cuba mengubah puisi ciptaan ini
Aku bermula dengan kertas kosong
kini sudah kulukis seluruh kertas
tinggal kupamerkan di ruang awam
bukti lukisan ini bukan sebarang..
membuatkan fikiran ini sesak
apalagi ditolak-tolak
dengan kemungkinan yang bukan.
Kemungkinan ini
sebenarnya datang dari luar
perlahan-lahan masuk dan meresap
ke dalam seluruh rongga
segera membuatkan aku lemah dan tak berdaya
kabur sebelah mata
Kekebalan yang kian kurang
berpunca dari keterpaksaan
keterpaksaan yang tiba-tiba muncul
dengan misi sendiri
cuba melukis sesuatu pada wajah asal
cuba mengubah puisi ciptaan ini
Aku bermula dengan kertas kosong
kini sudah kulukis seluruh kertas
tinggal kupamerkan di ruang awam
bukti lukisan ini bukan sebarang..
MAINAN BARU
Si Boboy tu menangis menghempaskan-hempaskan badan teresak-esak,berteriak-teriak Kelmarin dia dapat mainan baru cantik,merah dan mahal kereta kecil idaman berbunyi bila punat ditekan merdu,Ya!Semerdu suara perawan Tapi Si Boboy pelupa lepas main ditinggal begitu sahaja cantik ,merah dan mahal budak-budak mana yang tak suka budak-budak mana yang tak tergila-gila Sudahlah Boboy,berhenti menangis! kereta kecil tu tak bertelinga kalau ada,tentu dah ketemu tuannya Kalaulah mempunyai hati tentu tak membiarkan tangan lain menyentuh mesra Kalaulah mempunyai rasa tentu mudah kau menjaganya Sudahlah, nanti kubelikan mainan baru yang mempunyai hati yang mempunyai rasa (walau itu suatu yang mustahil....) | |
MENEMBUSI DIRI
Sinar mata nan indah mengganggu hati ku yang kesepian Puisi nan menghilang kauronakannya menembusi diri Aku yang asing dalam diri mencari diriku di sudut hati suara bergema Aku yang hadir dalam mimpi mencari dirimu kau menjelmalah dalam duniaku Padamu dirimu yang kudamba iramakanlah puisi semalam Padamu diriku yang merindu seluruh ruang wajah kuterbayang. | |
Subscribe to:
Posts (Atom)