Friday, June 12, 2009

SFERA


SFERA

Hingga ke hujung
mencari segi-segi
menggantung soalan
kerna di sini adalah sfera
sfera yang membulat
dengan sendirinya

Dengan sfera itu
dibicarakan suatu yang baru
suatu kekukuhan

Kekukuhan ini
bukan pura-pura
kerna struktur bahan
adalah segalanya

Di sini masa menjadi mahal
kerna sfera sedang menuju
ke arah sudut
yang dinamakan sudah

Dengan nama itu
sfera sedia dipertuan
kerna sfera adalah sfera.

FIRASAT


FIRASAT

Kau kujejak dalam kehausan
menggamit impi firasat nyawa
pada bebaris mata saat kumenghilang
sedang asyik di lautan nan biru
kaukah yang aku lagukan?

Hadir lagi bersama mimpi
memadatkan ruang fikir dengan wajah
mewasiatkan kalimah tanpa suara
bagai deru bayu bawa petanda
hujan rahmat adalah kepunyaanku

Namun segala bertalikan mimpi
menggelapkan kamar yang tiada pintu
dan kuredah berdayakan kelemahan
cuba mencari ruang-ruang nyata
yang penuh cermin dan tinta

Berpayungkan rasa sesama
kita berpangkat makhluk kekuatan
lantas berupaya melangkah sendiri
menghitung tahun bernama akhir
mungkin adalah album khayalanku

Akhirnya peta dan alamat ini
kubukukan buat sekian lama
dan aku menjadi insan
yang selalu mementaskan
babak-babak di alam bisu.

YANG TINGGI MUNGKIN


YANG TINGGI MUNGKIN

Ritma Punk bergema seluruh bas
Ada insan-insan penuh harapan
Ada syaitan-syaitan

Aku punya separuh nyawa,waktu itu
Namun langkahku bukanlah penyebab
Tangisan darah ibu serta ayah
Biar cabaran ini bukan sebenar-benar

Di sini aku lupakan segala-gala
Ibu,ayah serta rumah
Dan yang memeritkan antara
Tinggal kuatur langkah-langkah terakhir ini
Ke suatu tempat yang tinggi mungkin

Tuesday, February 24, 2009

MARUAH YANG TUMPAH


MARUAH YANG TUMPAH

Hari ini
Jalur Gemilang menangis
melihat  dirinya
digunting-gunting
menjadi cebisan
oleh Sang Pemimpin Jalanan

Dengan seni keterlaluan
dan warna kehitaman
diilhamnya suatu
yang baharu
dan menyakitkan mata
pabila sentuhan jiwa
seakan tidak sekata
dan seindah dahulu

Lalu dijual
di tepian jalan berliku
dengan harga murah
dan maruah yang tumpah....

Wednesday, February 18, 2009

SUAKA SEJENAK

Aku sanggup
kerana bisa jadi apa sahaja
kerana aku  bernama
aku kekadang dalam kemistikan
berbicara padanya
kusuratkan segala-gala
legam
         kelam
                   hitam
                           kelabu
cuba padamkan sebelum waktunya
pada yang azali tertulis mula-mula
angkara itu,kini di sini